Tuesday, April 22, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS beli lagi 200 juta vaksin Pfizer-BioNTech

    NEW YORK, 23 JULAI – Amerika Syarikat (AS) akan membeli lagi 200 juta dos vaksin COVID-19 daripada Pfizer dan BioNTech dan mempunyai pilihan untuk membeli dos tambahan demi membendung varian virus, umum syarikat hari ini.

    Dua ratus juta dos tambahan itu dijangka dihantar mulai Oktober 2021 sehingga April 2022, membawa jumlah yang dibekalkan oleh syarikat kepada kerajaan AS kepada 500 juta.

    Kerajaan AS ‘juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan versi vaksin terkini untuk mengatasi varian yang mungkin muncul, serta formulasi baharu vaksin, jika ada dan telah diluluskan,” kata syarikat dalam kenyataan akhbar.

    Gabungan Pfizer-BioNTech berkata pada awal bulan ini mereka akan berusaha mendapatkan kelulusan untuk dos ketiga vaksin COVID-19 mereka.

    Bagaimanapun, pegawai kesihatan AS bertindak was-was terhadap prospek dos tambahan berkenaan, berkata ‘warga AS yang telah menerima dos lengkap tidak memerlukan dos booster pada masa ini,” menurut kenyataan bertarikh 8 Julai daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan dan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit.

    “Kami bersedia untuk memberikan dos booster jika dan bila sains membuktikan ia diperlukan,” menurut agensi itu.

    Pihak berkuasa AS mengingatkan bahawa COVID-19 telah menjadi ‘pandemik untuk golongan yang tidak menerima vaksin’ ketika varian Delta membawa kepada peningkatan terbaharu dalam jangkitan AS dan virus itu terus mengganas di negara lain. – AFP

    Pekerja kesihatan mengisi picagari dengan vaksin Pfizer-BioNTech di Pusat Vaksinasi di Worcester, Massachusetts. Amerika Syarikat mengumumkan akan membeli lagi 200 juta dos vaksin COVID-19 daripada Pfizer dan BioNTech. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda