Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    AS-Filipina mulakan rondaan laut bersama

    MANILA, 21 NOV – Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Filipina memulakan rondaan maritim dan udara bersama di luar pesisir ne-gara Asia Tenggara itu hari ini, kata Presiden
    Ferdinand Marcos, ketika negara-negara itu berusaha untuk menentang ketegasan China yang semakin meningkat di rantau itu.

    Sekutu perjanjian lama itu bersetuju pada Februari untuk menyambung semula rondaan bersama di Laut China Selatan yang dipertikaikan, yang dituntut oleh Beijing hampir keseluruhannya.

    Mereka telah menangguhkan rondaan maritim di kawasan yang menjadi perebutan hangat di bawah pemerintahan bekas presiden Rodrigo Duterte, yang memihak kepada Beijing berbanding Washington.

    Marcos, yang berusaha memperbaiki hubungan dengan AS sejak memegang jawatan pada 2022, berkata rondaan akan dijalankan selama tiga hari.

    “Inisiatif penting ini adalah bukti komitmen kami untuk meningkatkan keboleh-
    operasian pasukan tentera kami dalam menjalankan rondaan maritim dan udara,” kata Marcos dalam satu kenyataan.

    “Melalui usaha kerjasama ini, kami menyasarkan untuk meningkatkan keselamatan serantau dan memupuk perkongsian yang lancar dengan AS dalam menjaga kepentingan bersama kami.”

    Tentera Filipina berkata ‘aktiviti kerjasama maritim’ dengan Komando Indo-Pasifik AS akan bermula berhampiran wilayah pantai Batanes dan berakhir di Laut Filipina Barat.

    Manila merujuk kepada perairan Laut China Selatan di sebelah barat Filipina sebagai Laut Filipina Barat. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...