Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AS haramkan guna panggilan palsu AI

    SAN FRANCISCO, 9 FEB – Pengawal selia Amerika Syarikat (AS) telah mengisytiharkan pengharaman penggunaan panggilan palsu robocall yang dibuat menggunakan suara yang dicipta dengan kecerdasan buatan (AI), kelmarin.

    Fenomena itu mendapat perhatian bulan lalu apabila penyamaran robocall Presiden AS, Joe Biden yang menggesa orang ramai untuk tidak membuang undi dalam pilihan raya utama New Hampshire.

    “Beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab menggunakan suara yang dijana AI dalam robocall untuk memeras ugut ahli keluarga yang mudah terdedah, meniru selebriti dan memberi maklumat salah kepada pengundi,” kata pengerusi Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC), Jessica Rosenworcel dalam satu kenyataan.

    “Peguam Negara kini akan mempunyai alat baharu untuk membanteras penipuan ini,” tambahnya.

    FCC sebulat suara memutuskan bahawa suara yang dijana AI adalah ‘tiruan’ dan dengan itu melanggar Akta Perlindungan Pengguna Telefon (TCPA).

    TCPA ialah undang-undang utama yang digunakan FCC untuk mengekang panggilan sampah, menyekat panggilan pemasaran dan penggunaan sistem panggilan automatik.

    Keputusan itu menjadikan pengklonan suara yang digunakan dalam penipuan robocall menyalahi undang-undang, membenarkan mereka yang berada di belakang operasi sedemikian untuk didakwa, menurut FCC.

    Sebelum ini, agensi penguatkuasaan undang-undang boleh mendakwa orang ramai atas hasil penipuan seperti penipuan yang dilakukan dengan bantuan panggilan palsu, tetapi bukan panggilan itu sendiri, kata pengawal selia. – AFP

    Peguam Negara New Hampshire, John Formella menerangkan penyiasatan ke atas panggilan robot yang menggunakan AI semasa sidang akhbar di Concord, New Hampshire, 6 Februari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...