Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    AS kecam komen ‘melulu, mengapi-apikan’ menteri Israel

    WASHINGTON, 30 JAN – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengecam sekeras-kerasnya komen beberapa menteri Israel yang mendesak untuk mewujudkan semula penempatan haram Yahudi di Semenanjung Gaza, lapor agensi Anadolu.

    “Awda mempunyai beberapa menteri dalam kabinet yang bersikap melulu atau secara melulu dan mengeluarkan kenyataan yang mengapi-apikan,” kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS, John Kirby kepada pemberita di Rumah Putih.

    Pendatang haram Yahudi mengadakan persidangan mengenai penempatan semula Gaza pada Ahad lalu. Mereka menggesa penempatan semula Semenanjung Gaza serta pembinaan penempatan haram yang diperluas di Tebing Barat yang diduduki.

    Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir menghadiri acara itu bersama-sama menteri lain dan menggesa ‘penghijrahan sukarela’ rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza. Menteri Kewangan Israel, Bezalel Smotrich juga menyokong penempatan semula di Gaza.

    Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menganggap aktiviti penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki sebagai tidak sah dan telah berulang kali menggesa Israel untuk menghentikannya, tetapi tidak berjaya.

    Badan dunia itu memberi amaran bahawa tindakan Israel hanya menjejaskan penyelesaian yang berpotensi terhadap konflik berkenaan, iaitu berdasarkan penyelesaian dua negara. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...