Sunday, June 23, 2024
22.6 C
Brunei

    -

    AS kecam tindakan Israel alih dana Palestin

    WASHINGTON, 14 JUN – Amerika Syarikat (AS) kelmarin mengecam keputusan Menteri Kewangan Israel mengalihkan kira-kira AS$35 juta hasil cukai yang dikutip bagi pihak Pihak Berkuasa Palestin (PA) kepada keluarga ‘mangsa keganasan’.

    “Tindakan Menteri Bezalel Smotrich tidak wajar. Kami telah memberitahu dengan jelas kepada Israel bahawa dana ini adalah milik rakyat Palestin,” kata jurucakap Jabatan Negara, Matthew Miller kepada wartawan.

    “Ia harus dipindahkan ke PA dengan segera. Ia tidak sepatutnya ditangguhkan.

    “Kami fikir ia adalah keputusan yang luar biasa dan tidak patut dilakukan oleh menteri itu,” katanya.

    Smotrich, ahli politik sayap kanan, mengumumkan langkah itu di media sosial berkata, “PA menggalakkan dan menyokong keganasan dengan membayar keluarga pengganas, tahanan dan banduan yang dibebaskan.”

    “Selaras dengan penghakiman yang memberikan pampasan kepada mangsa keganasan, kami mengimbangi jumlah yang sama daripada dana PA dan memindahkan wang yang diberikan kepada keluarga mangsa keganasan,” kata Smotrich.

    Di bawah perjanjian damai yang diuruskan sebahagiannya oleh Norway pada 1990an, Israel mengumpul wang untuk PA yang menjalankan autonomi terhad di bahagian Tebing Barat. – AFP

    Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan Menteri Kewangan Bezalel Smotrich tiba untuk mesyuarat kabinet di Muzium Tanah Alkitab di Baitulmaqdis pada 5 Jun. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Australia bantu tingkat kesediaan penyakit serantau

    CANBERRA, 21 JUN – Agensi sains kebangsaan Australia akan membantu negara-negara di Pasifik dan Asia Tenggara agar lebih bersedia menghadapi wabak penyakit, umum kerajaan...