Sunday, March 16, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS kenakan sekatan terhadap Menteri Luar Iran

    WASHINGTON, 1 OGOS – Pentadbiran Trump semalam mengumumkan bahawa ia telah mengenakan sekatan terhadap Menteri Luar Iran Mohammad Javad Zarif di tengah-tengah ketegangan yang memuncak antara kedua-dua pihak, lapor agensi berita China Xinhua memetik satu kenyataan.

    Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mendakwa Zarif “telah bertindak atau kononnya bertindak untuk atau bagi pihak, secara langsung atau tidak langsung, Pemimpin Agung Republik Islam Iran,” yang telah dikenakan sekatan pada Jun.

    Menurut kenyataan Jabatan Perbendaharaan, semua harta Zarif dan kepentingan dalam hartanya yang berada di AS atau dalam milikan atau kawalan rakyat AS hendaklah disekat dan dilaporkan kepada kerajaan AS.

    Mana-mana institusi kewangan asing yang dengan sengaja menjalankan atau memudahkan sesuatu transaksi yang penting untuk atau bagi pihak Zarif akan turut dikenakan hukuman oleh kerajaan AS.

    Hubungan antara AS dan Iran telah merosot dengan ketara selepas Washington menarik diri daripada perjanjian nuklear 2015 bersejarah Iran pada Mei 2018 serta mengenakan semula sekatan tenaga. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda