Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AS, Korea S dan Jepun kukuhkan kerjasama keselamatan

    PHNOM PENH, 13 NOV – Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden hari ini bertemu dengan pemimpin Jepun dan Korea Selatan untuk menyelaraskan tindak balas mereka terhadap ancaman program nuklear dan peluru berpandu balistik Korea Utara.

    Biden mengadakan pertemuan secara berasingan dengan Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol sebelum bertemu bagi Sidang Kemuncak Timur Asia di Kemboja.

    Biden memulakan ucapan dengan mengucapkan takziah atas kejadian rempuhan semasa festival Halloween di Seoul yang meragut lebih 150 jiwa, dan berkata AS turut berduka bersama Korea Selatan.

    Yoon dan Kishida berbincang me-ngenai sikap agresif yang ditunjukkan oleh Korea Utara, yang melancarkan puluhan peluru berpandu sejak beberapa minggu kebelakangan.

    Ia termasuk peluru berpandu balistik rentas benua 10 hari lalu yang mencetuskan amaran pengosongan di utara Jepun, dan sekutunya memberi amaran mengenai risiko Korea Utara mungkin akan melancarkan ujian nuklear ketujuh dalam beberapa minggu akan datang. – AP

    Joe Biden semasa mengadakan pertemuan bersama Fumio Kishida dan Yoon Suk Yeol di Phnom Penh.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...