Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AS lancar 31 hab teknologi

    SAN FRANCISCO, 23 OKT – Amerika Syarikat (AS) hari ini mendedahkan senarai 31 hab teknologi yang akan diwujudkan sebagai sebahagian daripada skim pelaburan besar yang diharapkan oleh Presiden Joe Biden akan membantunya memenangi pemilihan semula.

    Setiausaha Perdagangan, Gina Raimondo berkata pusat-pusat ini akan mewujudkan pekerjaan dan merangsang keselamatan negara dan ekonomi.

    Pelaburan ini, katanya, “Menyokong keupayaan kami untuk bersaing, dan secara terus terang, mengatasi persaingan seluruh dunia.”

    Hab tersebut dipilih daripada 400 calon dan kini akan bersaing untuk mendapatkan geran sebanyak AS$75 juta.

    Mereka dicipta di bawah Akta Cip dan Sains, undang-undang yang diluluskan tahun lalu yang memperuntukkan AS$52 bilion subsidi untuk merangsang pengeluaran semikonduktor AS.

    Komponen berkenaan yang penting dalam banyak industri termasuk kereta, elektronik dan pertahanan dibuat terutamanya di Asia. Dan pentadbiran Biden telah menjadikan pembinaan kilang cip AS sebagai salah satu dasar utamanya.

    Terletak di 32 negeri dan Puerto Rico, hab teknologi ini akan mengkhusus dalam bidang seperti peralihan kepada tenaga bersih, bioteknologi dan pengkomputeran kuantum. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Presiden Joe Biden memerhati ketika Setiausaha Perdagangan Gina Raimondo bercakap di South Lawn, Rumah Putih di Washington. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...