Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

AS luluskan ubat tangani diabetes jenis 1

LOS ANGELES, 1 DIS – Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) Amerika Syarikat baru-baru ini meluluskan terapi baharu yang memperlahankan permulaan diabetes jenis satu.

“Ia menyasarkan satu daripada punca utama diabetes jenis ini dan boleh melambatkan permulaan penyakit.

“Ubat itu juga boleh menjadi petanda kepada era baharu dalam merawat penyakit itu,” kata podcast The Economist pada Selasa.

FDA meluluskan penggunaan ubat yang dinamakan Tzield untuk melambatkan permulaan diabetes jenis satu terhadap golongan dewasa dan pesakit pediatrik lapan tahun ke atas, lapor Xinhua.

Tzield bertindak balas terhadap sistem imun tertentu dan melambatkan perkembangan ke tahap tiga bagi diabetes jenis satu, menurut FDA.

Kemungkinan Tzield turut menyahaktif sel imun yang menyerang sel penghasil insulin, sambil meningkatkan sel yang membantu menyederhanakan tindak balas imun.

Ubat ini diberikan melalui infusi intravena sekali sehari selama 14 hari berturut-turut. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -