Friday, May 3, 2024
23 C
Brunei

    -

    Hukuman pengedar dadah dikekalkan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Mahkamah Rayuan pada 19 November lalu telah mengekalkan keputusan Mahkamah Perantaraan dalam menjatuhkan hukuman terhadap pesalah dadah kerana melihat ia adalah hukuman yang wajar.

    Warga Malaysia, Markus bin Mohamad Yunos dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 15 kali sebatan pada April 2021 kerana mengedar dan mengambil methylamphetamine, serta mengelirukan pihak berkuasa mengenai identitinya.

    Dia pada mulanya mengaku bersalah pada 2020, atas kesalahan memiliki dadah untuk pengedaran dan penggunaan, tetapi menafikan bahawa dia mengelirukan pegawai Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan memperkenalkan dirinya sebagai saudara kandung lelakinya.

    Timbalan Pendakwa Raya Muhd ​​Qamarul Affyian bin Abdul Rahman yang menjalankan pendakwaan dan membantu mahkamah dalam rayuan selaku responden, mendedahkan bahawa pada 11:43 malam 23 April 2019, pegawai BKN menyerbu sebuah rumah di Jalan Lubok Palam, Kuala Belait dan menahan empat suspek termasuk defendan.

    Walaupun tiada dadah ditemui pada defendan semasa pemeriksaan badan, bahan kris-tal dan peralatan pembungkusan ditemui di ruang tamu yang sama di mana bahan tersebut didapati mengandungi 40.13 gram methylamphetamine.

    Peralatan berkenaan disahkan digunakan untuk tujuan pengedaran, dan sampel air kencing defendan didapati positif dadah.

    Yang Di-Pertua Mahkamah Rayuan Michael Peter Burrel mempengerusikan prosiding permohonan rayuan itu dengan dibantu oleh Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Lunn.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parlimen Korea S luluskan siasatan baharu insiden kematian Marin

    SEOUL, 2 MEI - Parlimen Korea Selatan hari ini meluluskan rang undang-undang untuk mengadakan siasatan baharu ke atas kematian orang ramai semasa Halloween 2022...