Monday, March 17, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS sekat dua operasi di Syria

    WASHINGTON, 24 Feb – Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), hari ini, menyekat dua operasi di Syria bagi Jabhet Fateh Al-Sham, satu kumpulan militan yang sebelumnya dikenali sebagai Barisan Al-Nusra.

    Iyad Nazmi Salih Khalil dan Bassam Ahmad Al-Hasri disifatkan sebagai ahli ranking tinggi “menyediakan bantuan kepada pengganas atau tindakan keganasan,” dan kesemua kepentingannya dalam harta mereka tertakluk kepada bidang kuasa AS kini disekat, menurut Jabatan Perbendaharaan itu.

    Kilang Pembuatan Metalik (MMF) di Syria juga disekat kelmarin kerana menjadi “pengembang senjata-senjata pemusnah besar-besaran,” umum jabatan berkenaan.

    MMF bertindak “bagi pihak Pusat Penyelidikan dan Kajian Saintifik (SSRC) yang merupakan agensi kerajaan Syria yang bertanggungjawab bagi membangunkan dan menghasilkan senjata-senjata tidak konvensional,” menurut kenyataan itu. – NNN

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda