Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AS tawar ganjaran AS$10 juta berhubung maklumat ketua Hive

    WASHINGTON, 8 FEB – Kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkata kelmarin yang ia akan menyediakan ganjaran sehingga AS$10 juta bagi sesiapa yang mendapat maklumat mengenai ketua program ransomware ‘Hive’, yang terganggu bulan lepas.

    Jabatan Negara AS juga berkata ia menawarkan AS$5 juta untuk maklumat yang membawa kepada penahanan mana-mana individu, di mana-mana negara, yang terlibat sama atau berusaha untuk terbabit dalam rangkaian perisian ransomware transnasional.

    “Kami akan terus bekerjasama dengan sekutu dan rakan kongsi untuk menyekat dan menghalang dalang ransomware yang mengancam tulang belakang ekonomi dan infrastruktur penting kami,” kata kenyataan itu.

    Gambar hiasan dari Canva

    Hive, salah satu rangkaian serangan perisian terkemuka di dunia, dituduh menyasarkan 1,500 entiti di lebih 80 negara, termasuk Amerika Syarikat, dan mengumpul lebih AS$100 juta wang tebusan.

    Serangan perisian ransomware biasanya mengakses sistem komputer yang terdedah dan mengenkripsi atau mencuri data, sebelum menghantar nota tebusan yang menuntut bayaran sebagai pertukaran untuk menyahsulit data atau tidak mengeluarkannya secara terbuka.

    Rangkaian Hive telah ditumpaskan pada Januari oleh Biro Penyiasatan Persekutuan AS dengan penyelarasan pasukan polis Jerman dan Belanda, serta Europol.

    “Bermula pada akhir Julai 2022, FBI menembusi rangkaian komputer Hive, memperoleh kunci penyahsulitannya, dan menawarkannya kepada mangsa di seluruh dunia, menghalang mangsa daripada perlu membayar sehingga AS$130 juta dalam bentuk wang tebusan yang diminta,” kata Jabatan Negara.

                Hive beroperasi pada model perisian atas permintaan: penciptanya mendedahkannya kepada penggodam lain, yang melakukan serangan sebelum berkongsi keuntungan. – AFP

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...