Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    AS$2.2 juta dilarikan perompak bersenjata

    NEW DELHI, 1 DIS – Perompak bersenjata melarikan 188 juta rupee (AS$2.2 juta) dari sebuah bank di negeri timur laut Manipur yang dilanda keganasan.

    Rompakan itu berlaku di cawangan Punjab National Bank di daerah Ukhrul, 80 km dari ibu negeri Imphal, pada petang kelmarin, lapor media tempatan pada hari ini.

    Cawangan itu menyimpan wang tunai Reserve Bank of India untuk diedarkan kepada bank dan mesin juruwang automatik (ATM).

    Perompak mengurung pengawal keselamatan dan pekerja di dalam bilik air sebelum melarikan wang dari bilik kebal, lapor agensi berita PTI.

    Manipur yang bersempadan dengan Myanmar, kini dilanda konflik etnik sejak pertempuran meletus antara majoriti masyarakat puak Meitei dan Kuki-Zo pada Mei tahun ini.

    Negeri itu juga berhadapan masalah pemberontakan.

    Pada Rabu lalu, kumpulan pemberontak yang dikenali sebagai United National Liberation Front (UNLF) bersetuju untuk menamatkan pemberontakan dalam ‘perjanjian damai’ penting dengan kerajaan India persekutuan dan pentadbiran Manipur. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...