Monday, March 17, 2025
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    AS$55 juta tangani isu pemerdagangan manusia

    BANGKOK, 1 OGOS – Australia hari ini menjanjikan AS$55 juta untuk memerangi pemerdagangan manusia di Asia Tenggara, berikrar untuk menangani ‘perhambaan moden’ yang menjejaskan populasi di seluruh rantau ini, daripada pekerja berpendapatan rendah kepada pasangan bawah umur dan pelarian Rohingya.

    Pembiayaan itu adalah sebahagian daripada skim 10 tahun yang melibatkan latihan untuk polis dan hakim untuk menyiasat rangkaian jenayah, kata Menteri Hal Ehwal Luar Australia, Marise Payne pada pertemuan Persatuan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) di Bangkok.

    “Inisiatif ini juga akan menyokong siasatan antarabangsa bersama untuk membantu mangsa dan memastikan para pengedar dikenakan hukuman,” katanya.

    Permintaan meningkat terhadap buruh berpendapatan rendah terutamanya dalam industri perikanan dan pembinaan telah mendorong rangkaian pemerdagangan di seluruh Asia Tenggara.

    Sementara di China, isu pengantin perempuan dari rantau Mekong juga telah mencetuskan pemerdagangan manusia secara berleluasa.

    “Terdapat banyak faktor yang boleh menjadi penyebab serta membolehkan berlakunya jenayah transnasional, daripada rasuah melalui status kanak-kanak yang tidak sama rata dan kumpulan yang lemah,” tambah Payne.

    Penganiayaan kaum Muslim Rohingya di negeri Rakhine di Myanmar juga telah mendorong masalah baharu dan perlu kepada penyelesaian.

    Sekitar 740,000 Rohingya melarikan diri dari Myanmar ke Bangladesh, berikutan tindakan keras tentera pada tahun 2017, di mana kebanyakan daripada mereka telah melarikan diri dari kem pelarian dalam usaha untuk sampai ke Malaysia dan Indonesia untuk bekerja, di mana mereka terdedah kepada eksploitasi. – AFP

    Marise Payne bercakap semasa Mesyuarat Menteri ASEAN di Bangkok, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda