Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asakawa presiden baharu ADB

    MANILA, 2 DIS – Bank Pembangunan Asia (ADB) mengumumkan hari ini bahawa Lembaga Gabenornya telah ‘sebulat suara memilih’ Masatsugu Asakawa sebagai presiden ADB.

    Asakawa, 61, penasihat khas sekarang kepada perdana menteri dan menteri kewangan Jepun, akan menyandang jawatan sebagai presiden ke-10 ADB pada 17 Januari 2020.

    Beliau akan mengganti Takehiko Nakao, yang akan bersara pada 16 Januari 2020. Asakawa akan menamatkan penggal Nakao, yang berakhir pada 23 November 2021.

    “Pengalaman Asakawa yang luas dalam kewangan dan pembangunan antarabangsa akan memberi manfaat kepada ADB dalam mencapai wawasan Asia dan Pasifik yang makmur, keterangkuman dan mampan,” kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ekonomi dan Kewangan Korea Selatan dan Pengerusi Lembaga Gabenor ADB Hong Nam-Ki, menambah “Lembaga gabenor ADB tidak sabar-sabar untuk bekerja dengan Asakawa.” – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda