Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asas ekonomi China masih kukuh

    BEIJING, 15 Okt – Ekonomi China mempunyai asas kukuh untuk pertumbuhan yang stabil dengan persekitaran kewangan yang meningkat di dalam dan luar negara, kata ahli ekonomi, meramalkan perkembangan tahunan sebanyak 6.8 peratus untuk tahun 2017.

    “Walaupun tekanan akan berterusan dalam suku keempat, tidak terdapatnya perubahan asas dalam operasi ekonomi China yang stabil,” kata ahli ekonomi Bank Komunikasi Lian Ping.

    Pelaburan dalam infrastruktur mungkin mengekal pertumbuhan yang stabil, namun disebabkan sekatan ke atas sumber pembiayaan dan asas perbandingan yang tinggi, perkembangan pesat akan menjadi terhad, kata Lian.

    Pelaburan harta mungkin menjadi perlahan disebabkan sekatan pembelian kerajaan, sementara suku keempat biasanya melihat keadaan melambung dalam perbelanjaan, asas perbandingan yang tinggi pada tahun lalu mungkin bermakna pertumbuhan penggunaan yang suram, menurut Li Xunlei, ketua ahli ekonomi dengan Zhongtai Securities.

    Kadar pertumbuhan KDNK untuk suku ketiga dijangka dikeluarkan pada 19 Oktober, dan penganalisis meletak angka pada 6.8 peratus.

    Gambar fail menunjukkan Ibu pejabat Bank Rakyat China, bank pusat China, di Beijing. Ekonomi China mempunyai asas kukuh untuk pertumbuhan yang stabil dengan persekitaran kewangan yang meningkat di dalam dan luar negara, kata ahli ekonomi. – AFP

    Sementara itu, memandangkan harga untuk barangan industri naik mendadak pada tahun ini, pertumbuhan KDNK mungkin mencecah tahap tertinggi sejak 2012, menurut Lian.

    IMF pada Selasa menambah ramalannya untuk pertumbuhan ekonomi China pada 2017 dan 2018, memetik prestasi yang lebih kukuh daripada dijangka pada separuh tahun pertama dan sokongan dasar yang berterusan.

    Dalam Prospek Ekonomi Dunia terbaru, IMF menjangka ekonomi China bertumbuh 6.8 peratus pada tahun ini dan 6.5 peratus pada tahun depan, 0.1 mata peratusan lebih tinggi daripada ramalan sebelumnya pada Julai.

    Pada persidangan akhbar pada Selasa, Ning Jizhe, ketua Biro Statistik Nasional, yakin dengan ekonomi negara, berkata China pasti mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi tahunan sebanyak 6.5 peratus. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda