Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    ASEAN perlu cari pendekatan baharu tangani krisis Myanmar

    BANGKOK, 12 FEB – Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru ASEAN untuk mencari strategi dan pendekatan baharu dalam menyelesaikan krisis yang sedang berlaku di Myanmar.

    Dalam temu bual eksklusif dengan Thai Public Broadcasting Service (PBS Thai), Anwar berkata krisis di Myanmar tidak lagi boleh dianggap sebagai hal ehwal dalam negara kerana ia telah memberi kesan kepada negara jiran termasuk Thailand, Malaysia dan Indonesia ekoran kebanjiran pelarian yang melarikan diri dari negara itu.

    “Konflik Myanmar nampaknya tidak akan selesai dalam masa terdekat melainkan ASEAN menyemak semula, mengenai apa, itu kita perlu bincangkan.

    “’ASEAN Way’ sangat produktif dalam menangani banyak isu lain (di rantau ini).

    Bagaimanapun, ‘ASEAN Way’ perlu disemak semula apabila melibatkan krisis Myanmar kerana penglibatan konstruktif tidak berfungsi dalam hal ini,” katanya.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru ASEAN untuk mencari strategi dan pendekatan baharu dalam menyelesaikan krisis yang sedang berlaku di Myanmar. – Bernama

    Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 pada November tahun lepas dan menyifatkan dirinya sebagai junior dalam kalangan pemimpin ASEAN yang lain, menyatakan bahawa beliau telah membincangkan isu mengenai Myanmar dengan rakan sejawatnya di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand semasa lawatan rasminya.

    “Memandangkan Indonesia mengetuai (Pengerusi ASEAN tahun ini), mungkin dalam satu atau dua minggu akan datang saya akan bertemu dengan Presiden Indonesia Jokowi (Joko Widodo) dan memberi pandangan saya tentang apa yang telah berlaku (di Myanmar) dan meminta pandangannya serta merangka strategi baharu,” katanya.

    Semasa lawatan sulungnya ke Thailand, Anwar telah bertemu rakan sejawatnya Prayuth Chan o-cha pada Khamis dan membincangkan pelbagai isu kepentingan bersama termasuk Myanmar.

    Pada sidang media bersama selepas mesyuarat itu, Anwar berkata ASEAN harus mengambil tindakan yang koheren dan bersepadu sebagai badan serantau dalam menyelesaikan krisis di Myanmar. – Bernama

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    Berita Berkaitan

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...

    Sidang media luar biasa PM Anwar di dapur pesawat

    KUALA LUMPUR, 21 NOV - Suasana sidang media kali...

    Thailand lapor lonjakan kes influenza dengan 100 kematian

    BANGKOK, 20 NOV - Thailand melaporkan lonjakan ketara kes...

    Lebih 20 kakitangan StanChart Brunei sertai Sukan SC

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 NOV – Lebih 20 kakitangan...

    Terkini

    12 jemaah sertai pertandingan membaca Al-Quran

    Oleh Daniel Lim - BELAIT, 23 NOV — Seramai 12...

    RC berjaya kumpul 105 pain darah

    Oleh Sim Y. H. -  BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV...

    Projek naik taraf bekalan elektrik di Samarahan siap 2028 – Abang...

    KUCHING, 23 NOV - Projek naik taraf bekalan elektrik...

    Susyi Jepun cipta rekod Guinness tuna terbesar

    CHIBA, 23 NOV - Rangkaian restoran susyi Jepun Choushimaru...