Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Ashanty susah tidur, sering sesak nafas, diganggu jin

    Penyanyi Ashanty berkongsi pengalaman diganggu makhluk halus selepas menjalani rawatan bersama seorang pengamal perubatan Islam bergelar ustaz, lapor mStar.

    Menceritakan detik dirinya melalui proses ruqyah, Ashanty, 39, berkata dia terbayang wajah seseorang di fikirannya ketika itu.

    “Selepas dibacakan doa, saya rasa sesuatu di kepala. Kepala ini rasa seperti kebas di kepala. Selesai proses itu saya rasa lega.

    “Saya terbayang muka seseorang bermain di fikiran. Tidak sangka wajah itu yang terlintas di fikiran,” katanya.

    Ashanty juga pada awalnya tidak menyangka dia diganggu oleh makhluk halus kerana tujuan asal dia memanggil ustaz berkenaan adalah kerana mahu mengubati masalah sukar tidur.

    Malah dia akui selama ini tidak percaya tentang perkara mistik sebegitu.

    “Selama ini saya tidak percaya dengan amalan seperti ini. Saya hanya jaga solat untuk melindungi diri.

    “Sebelum ini saya mengalami masalah sukar tidur. Ada ketika secara tiba-tiba mahu ketawa dan adakala mahu menangis,” ujarnya.

    Sementara itu menurut ustaz yang merawat, Ashanty terkena gangguan jin sehingga menyebabkan dia sering sesak nafas. – Agensi

    Ashanty sering sesak nafas dan mengalami masalah susah tidur. – mStar
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...