Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan hantar perutusan tahniah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah sempena Hari Kebangsaan ke-52 Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Hari Kebangsaan Republik Rakyat Laos ke-48.

    Sempena Hari Kebangsaan UAE, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden UAE dan Pemerintah Abu Dhabi, UAE, His Highness Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE, Pemerintah Dubai dan Menteri Pertahanan UAE, His Highness Sheikh Mohammed
    bin Rashid Al Maktoum.

    Manakala itu, sempena Hari Kebangsaan Laos, Baginda berkenan menghantar titah-titah perutusan tahniah kepada Presiden Laos, Tuan Yang Terutama Dr Thongloun Sisoulith dan Perdana Menteri Laos, Tuan Yang Terutama Dr Sonexay Siphandone serta kerajaan dan rakyat negara itu.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...