Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ashleigh Barty sertai acara golf selebriti

    SYDNEY, 20 APRIL – Bekas pemain tenis nombor satu dunia, Ashleigh Barty akan bermain dalam kejohanan golf, kata penganjur kelmarin, menambah spekulasi bahawa dia mungkin menjadi pemain golf selepas persaraan mengejutnya dalam sukan tenis.

    Juara Grand Slam tiga kali itu mengejutkan dunia tenis apabila dia bersara daripada sukan tersebut pada Mac lalu, dengan pemain berbakat berusia 25 tahun itu tidak memberitahu rancangannya.

    Tetapi penganjur Siri Ikon mendedahkan bahawa dia akan menjadi antara bintang sukan yang bertanding dalam acara Amerika Syarikat (AS) pada Jun nanti.

    “Kami sangat teruja untuk melancarkan Siri Ikon di Amerika dengan atlet terbaik dunia, semua pemain golf yang luar biasa dan pesaing yang sengit,” kata ketua eksekutif Siri Ikon, Thomas Brookes dalam satu kenyataan.

    Perenang Olimpik AS, Michael Phelps, pengurus Manchester City, Pep Guardiola dan petinju legenda, Oscar De La Hoya adalah antara peserta terkenal lain yang akan mengambil bahagian di Kelab Golf Nasional Liberty di New Jersey.

    Seramai 28 peserta akan dibahagikan kepada Pasukan AS, diketuai oleh Fred Couples dan Pasukan Seluruh Dunia, diketuai oleh Ernie Els.

    Kejohanan AS adalah yang pertama dalam beberapa siri, dengan rancangan untuk menganjurkan edisi di seluruh dunia termasuk kampung halaman Barty sendiri di Australia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...