Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Asia Tenggara berpotensi tarik lebih banyak kapitalis modal teroka – KWAP

    KUALA LUMPUR, 22 APRIL – Asia Tenggara (SEA) berpotensi menarik lebih ramai pemodal teroka apabila jurang penilaian dalam kalangan syarikat pemula niaga serantau menyatu, kata Ketua Pegawai Pelaburan Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Hazman Hilmi Sallahuddin.

    Rantau ini sedang menyaksikan minat yang semakin meningkat daripada pencari modal dan pelabur apabila penilaian dibuat pelarasan sehingga ke peringkat bawahan.

    “Saya katakan bahawa Asia Tenggara, terutamanya Malaysia, sedang berada di barisan hadapan peningkatan apabila ia berkaitan dengan keupayaan, tarikan dan keterlihatan.

    “Dari segi kemampuan, terdapat kumpulan bakat yang besar dan mantap datang ke Malaysia. Dari segi tarikan pula, kami mempunyai kerajaan yang lebih mesra (perniagaan), dengan insentif serta dasar yang menarik,” katanya semasa sesi panel bertajuk Modal Teroka di Asia. Mengapa Asia Tenggara Bersedia Untuk Terus Menarik Modal Dalam Dekad Akan Datang semasa di Sidang Kemuncak KL20 2024 di sini hari ini.

    Hazman turut menekankan kelebihan kos operasi di Malaysia berbanding negara jiran, yang akhirnya terkait dengan keuntungan.

    Awal hari ini, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mengumumkan pelan bagi memperkenalkan Modal Teroka (VC) Golden Pass yang akan memperkemas proses pendaftaran VC antarabangsa yang layak ditubuhkan di Malaysia.

    Inisiatif ini bertujuan untuk mempercepatkan pendaftaran VC daripada enam minggu kepada dua minggu, tertakluk kepada pematuhan keperluan yang ditetapkan di bawah rangka kerja Penilaian Skop Berfokus SC. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...