Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Operasi penerbangan di lapangan terbang Kuching berjalan lancar

    KUCHING, 22 APRIL – Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) kembali seperti biasa dengan Malaysia Airlines dan Air Asia, telah memulakan kembali penerbangan mereka di antara Kuala Lumpur, Sabah dan Sarawak.

    Tinjauan Bernama di KIA hari ini mendapati, suasananya kelihatan tenang dengan penerbangan yang tiba dan berlepas juga turut dijadualkan mengikut waktu tanpa sebarang kelewatan.

    Petugas syarikat penerbangan Air Asia yang hanya mahu dikenali sebagai Isaac berkata, operasi penerbangan kembali seperti biasa sejak hujung minggu lepas, tanpa sebarang penjadualan semula atau kelewatan.

    “Semua penerbangan domestik hanya terganggu dan dibatalkan pada 18 April sahaja dan kembali beroperasi secara berperingkat pada hari-hari berikutnya. Alhamdulilah tidak ada sebarang masalah berkaitan,” katanya kepada Bernama.

    Pada Khamis lepas, semua penerbangan domestik di Sarawak terpaksa dibatalkan susulan letusan sebuah gunung berapi di wilayah Sulawesi Utara, Indonesia sehingga menyebabkan ramai penumpang terkandas di lapangan terbang dan perlu menjadualkan semula penerbangan mereka. – Bernama

    Penumpang terkandas di KIA susulan keputusan syarikat penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia dan Batik Air membatalkan semua penerbangan pada 18 April. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...