Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Asia Tenggara dijangka sumbang 10 peratus daripada kapasiti solar Asia

    KUALA LUMPUR, 23 JAN – Asia Tenggara dijangka menyumbang 10 peratus daripada jumlah kapasiti solar Asia menjelang 2030, merangkumi pemasangan fotovoltaik terapung (FPV) di tanah dan atas bumbung, mencerminkan penguasaan meluas rantau Asia dalam pasaran FPV global, demikian menurut penyelidikan oleh Rystad Energy.

    Syarikat penyelidikan tenaga dan risikan perniagaan dari Norway itu berkata negara seperti Filipina, Indonesia dan Thailand berkedudukan baik untuk menjadi perintis trend yang semakin meningkat ini menggunakan FPV untuk meningkatkan kapasiti penjanaan tenaga bersih.

    Menurut data Rystad Energy, projek operasi FPV di Asia Tenggara kini berjumlah kira-kira 500 megawatt (MW) kesemuanya, dan sebanyak 300 MW kapasiti FPV dijangka ditambah di seluruh Asia Tenggara sahaja pada awal 2024.

    Ketua penyelidikan kuasa dan tenaga boleh baharu Asia Rystad Energy, Jun Yee Chew berkata FPV muncul sebagai pembawa perubahan kepada Asia Tenggara, memangkin usaha rantau itu ke arah tenaga bersih dengan memaksimumkan limpahan sumber solarnya dan menangani kekurangan tanah yang terhad.

    “Reka bentuk modular mereka membolehkan integrasi dengan empangan kuasa hidro sedia ada dan membuka peluang besar untuk negara yang memiliki banyakn kuasa hidro seperti Laos, Thailand dan Indonesia.

    “Selain itu, dengan hak tanah sebagai penghalang utama yang dihadapi pemaju solar di Asia Tenggara, memandangkan kebanyakan tanah digunakan untuk pertanian, FPV menyediakan penyelesaian untuk kewujudan bersama ladang solar dan pertanian,” katanya.

    Rystad Energy berkata penambahan kapasiti fotovoltaik solar bakal menjadi tonggak utama tenaga Asia Tenggara pada masa depan, dengan pemasangan terapung akan memainkan peranan penting. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...