Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Baiduri tawar pelbagai promosi hebat sempena CF28

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Bank Baiduri telah mengumumkan penyertaannya dalam Pesta Pengguna esok, di mana mereka akan menawarkan pelbagai promosi eksklusif bagi pelanggan sedia ada dan baharu.

    Pesta Pengguna ke-28 (CF28) dijadualkan berlangsung selama lima hari bermula esok hingga 28 Januari dan Bank Baiduri akan ditempatkan di Gerai P183 hingga 185 di Dewan Plenari Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiong dipetik berkata, “Ketika kita melangkah ke tahun baharu, Bank Baiduri sangat teruja dalam menawarkan pelbagai promosi yang luar biasa. Fokus kami adalah untuk meningkatkan kebolehcapaian dan nilai produk kami kepada pelanggan setia dan bakal pelanggan kami.”

    Pemohon baharu yang berjaya mendaftar bagi Kad Kredit Royal Brunei Visa Infinite atau Royal Brunei Visa Platinum akan menerima pengecualian yuran tahunan selama empat tahun dan 3,000 Royal Skies miles.

    Pemohon baharu yang berjaya mendaftar bagi Kad Debit Platinum Visa Royal Brunei juga akan menerima pengecualian yuran tahunan selama empat tahun.

    Gambar Freepik

    Pemohon yang berjaya memohon pemindahan baki kad kredit ke Kad Kredit Royal Brunei Visa Infinite atau Royal Brunei Visa Platinum akan menerima pengecualian yuran tahunan selama empat tahun dan 1,000 Royal Skies miles.

    Selain itu, pemohon kad kredit dan debit Baiduri yang berjaya boleh menikmati pengecualian yuran tahunan selama tiga tahun dan pemohon kad kredit Baiduri yang berjaya akan menerima 150 mata bonus iaitu dikreditkan ke Kad Ganjaran Segera mereka.

    Pemohon yang berjaya bagi pinjaman peribadi di pesta berkenaan boleh menikmati Kadar Faedah Berkesan dan 50 individu pertama yang berjaya mendapatkan pinjaman peribadi akan menerima baucar beli-belah bernilai sehingga $800.

    Mereka yang mempertimbangkan untuk membeli rumah baharu, tawaran istimewa bagi pinjaman gadai janji juga disediakan dengan promosi Kadar Faedah Berkesan.

    Seramai 25 pemohon gadai janji pertama yang berjaya akan layak mendapat rebat tunai sehingga $2,000, menambahkan lapisan tambahan manfaat kewangan kepada aspirasi harta mereka.

    Mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang pilihan yang tersedia bagi pelan persaraan mereka boleh berunding dengan perancang kewangan bank di pesta tersebut dan menerima baucar kopi serta ganjaran bagi langganan polisi insurans hayat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...