Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Asparagus lancarkan pergerakan usus

    SEJAK 2000 tahun lalu, Asparagus atau nama saintifiknya Asparagus officinalis telah berada dalam dunia kulinari.

    Namun begitu, tidak ramai yang memakan asparagus berikutan daripada baud an rasanya yang kurang menyenangkan.

    Tetapi jika anda mengetahui mengenai kebaikan yang mampu diberikan oleh asparagus setentunya anda akan makan sayuran yang berasal dari kawasan Timur Mediterranean Ini.

    Terdapat juga pelbagai spesies asparagus yang berbeza. Spesies Asparagus officinalis boleh dimakan.

    Manakala spesies lain seperti Asparagus racemous yang banyak ditemui di India dan Himalaya telah digunakan untuk tujuan perubatan ayurveda.

    Asparagus tergolong dalam keluarga Lily. Pucuk asparagus tumbuh daripada bahagian sulur asparagus yang ditanam kira-kira satu kaki dalam tanah berpasir.

    Di kawasan suhu sederhana, sayuran ini tidak mengeluarkan sulur di musim sejuk, tetapi sebaliknya sulur akan keluar di musim bunga dan musim gugur.

    Sulur inilah dipungut sebagai sayuran. Di Nusantara didapati tanaman asparagus yang mengeluarkan sulur sepanjang tahun. Sulur-sulur yang tidak dipungut akan membesar dan mengeluarkan daun.

    Kaedah memasak yang sesuai

    Nilai pemakanan dan khasiat asparagus adalah amat banyak. Tetapi untuk memastikan segala manfaat dan kandungan zat di dalamnya tidak hilang, cara mengekalkannya adalah dengan merebus asparagus lebih kurang tiga hingga empat minit.

    Kaedah masakan yang amat popular adalah sauté atau menggoreng makanan dengan cepat dalam minyak atau lemak panas yang sedikit di atas api yang bersuhu tinggi.

    Ia mampu untuk memberikan rasa yang sedap dan kaedah ini juga membolehkan menahan penyejatan zat.

    Jika anda mahu memotong asparagus ke bentuk kecil, cara terbaik adalah memotongnya selepas dimasak.Asparagus boleh dihidang semasa panas atau sejuk.

    Nilai pemakanan tinggi

    Dikatakan asparagus mempunyai nilai pemakanan yang agak tinggi kerana ia banyak mengandungi vitamin seperti Vitamin A, B1, B2 dan B6.

    Ia juga mengandungi zat-zat galian seperti kalsium dan besi, tinggi asid folik dan sumber terbaik kalium dan serat pemakanan.

    Asparagus segar mengandungi 92 peratus air dan 8 peratus protein, gula dan selulosa. Asparagus tidak mengandungi lemak, tidak mengandungi kolesterol dan rendah sodium (garam).

    Banyak kebaikan yang dapat diperolehi jika memakan asparagus.

    Baik untuk masalah urinari

    Semenjak dahulu lagi, asparagus telah terkenal berikutan dengan sifat-sifat diuretic, laksatif dan penulenan.

    Ia mengandungi bahan-bahan asli seperti asparagina yang menjadikan ia sebagai ramuan pilihan untuk masalah saluran urinary dan untuk mengeluarkan air kencing.

    Di samping itu, ia juga dikatakan mampu untuk digunakan dalam rawatan urea, asid uric dan urinari tersumbat.

    Asparagina atau asid aspartic adalah salah satu asid amino semula jadi yang ditemui dalam makanan.

    Asparagus mengandungi serat yang memudahkan pergerakan dalam usus dan menggalakkan pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit.
    Asparagus mengandungi serat yang memudahkan pergerakan dalam usus dan menggalakkan pencernaan sekaligus mengelakkan masalah sembelit.

    Menggalakkan pencernaan

    Asparagus dikatakan mempunyai tindakan baik untuk buah pinggang, kelenjar adrenal dan pundi.

    Ia juga dikatakan mengandungi serat yang memudahkan pergerakan dalam usus dan menggalakkan pencernaan.

    Kesan lembutnya pada fungsi usus boleh membantu untuk mengundurkan kecenderungan untuk sembelit tanpa merengsakan usus membran mukus.

    Banyak zat besi baik untuk menambah darah

    Dikatakan juga asparagus mengandungi besi yang amat baik untuk menentang anemia. Ia mengandungi jus yang amat kuat untuk penulenan darah.

    Malah, asparagus juga mampu untuk membantu mengatur peredaran darah dan juga menggalakkan penyaliran dalam hati.

    Khasiat lain bagi tubuh ia dikatakan mampu untuk memperbaiki sistem kardiovaskular dengan memperkuat fungsi hati, memperbaiki aliran darah dan memperkuat kapilari tubuh.

    Asparagus juga mengandungi zat besi yang amat baik untuk menentang anemia.
    Asparagus juga mengandungi zat besi yang amat baik untuk menentang anemia.
    Vitamin K dalam asparagus juga berupaya untuk mencegah penyakit tulang kerana ia menyerap kalsium.
    Vitamin K dalam asparagus juga berupaya untuk mencegah penyakit tulang kerana ia menyerap kalsium.

    Kuatkan tulang

    Asparagus merupakan sumber terbaik vitamin K. Vitamin ini baik untuk membantu tubuh dalam menghentikan pendarahan selepas terluka.

    Vitamin K juga baik untuk kesihatan tulang kerana ia mampu untuk membantu tubuh menyerap kalsium.

    Memperbaiki mood

    Asparagus penuh dengan folat, sejenis vitamin B yang mampu untuk menaikkan semangat dan mengelakkan diri dari merasa rengsa.

    Sayur ini juga dikatakan mengandungi tritophan yang tinggi. Tritophan adalah sejenis asid amino yang dikatakan mampu untuk memperbaiki dan mengubah mood manusia menjadi lebih baik.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda