Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Atlet BRUKAF raih pingat di Sabah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 FEB – Seramai 27 orang atlet di bawah Skim Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF) dan Jabatan Belia dan Sukan (JBS), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah mengikuti Kejohanan Persatuan Karate Sabah, Malaysia baru-baru ini.

    Kejohanan yang berlangsung dari 10 hingga 12 Februari lalu itu telah membuahkan hasil di mana peserta tanah air berjaya membawa balik tujuh pingat emas, lima pingat perak, dan tujuh gangsa.

    Turut serta mengiringi atlet negara adalah pengurus BRUKAF, jurulatih kebangsaan dan juga penolong jurulatih dari JBS.

    Dengan penyertaan kejohanan tersebut, ia sememangnya diharap mampu meningkatkan lagi mentaliti para atlet dari segi taktik dan juga strategi semasa bertanding, selain itu ia juga sebagai salah satu usaha untuk meningkatkan prestasi atlet skim pada awal 2023 sebagai penilaian dan persediaan SUKMA dan juga Sukan SEA di masa hadapan.

    Gambar ramai atlet di bawah Skim Persekutuan Karate Brunei Darussalam (BRUKAF) dan Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan semasa Kejohanan Persatuan Karate Sabah baru-baru ini. – Gambar serahan BRUKAF
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...