Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mesyuarat ADGMIN kukuh akses dan hubungan digital

    Oleh Sim Y.H.

    Negara-negara anggota ASEAN menyedari perlunya untuk membantu ekonomi rantau ini pulih daripada impak COVID-19, membina sebuah asas yang berdaya tahan bagi perkembangan digital rantau berkenaan dan memastikan sumber-sumber digital tersedia bagi menyokong usaha negara-negara anggota ASEAN untuk pulih dengan cepat daripada pandemik berkenaan.

    Pada masa yang sama, ia adalah untuk memastikan negara-negara anggota ASEAN mempunyai akses kepada strategi dan amalan terbaik bagi mengutamakan langkah-langkah domestik masing-masing untuk merangsang penggunaan perkhidmatan dan teknologi digital dengan lebih baik bagi usaha-usaha pemulihan serta pengurangan COVID-19.

    Penekanan berkenaan merupakan antara yang diketengahkan oleh menteri-menteri digital ASEAN yang bersidang semasa Mesyuarat Menteri-menteri Digital ASEAN (ADGMIN) ke-3 yang berlangsung di Pulau Boracay, Filipina pada 9 hingga 10 Februari lalu.

    Dalam Deklarasi Digital Boracay yang dikeluarkan, menteri-menteri yang bersidang turut menyatakan keinginan bagi mengukuhkan lagi akses dan hubungan digital untuk menerajui hala tuju kepada sebuah masyarakat digital.

    Menteri-menteri yang bersidang bersetuju mengenali akan pentingnya sebuah masyarakat inklusif digital dalam ASEAN bagi merangka penyelesaian digital yang relevan serta membuka sepenuhnya manfaat transformasi digital untuk meningkatkan produktiviti dan memperbaiki kehidupan penduduk serta pertumbuhan ekonomi ASEAN.

    Menteri Pengangkutan dan Infokomunikasi, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Shamhary bin Pengiran Dato Paduka Haji Mustapha bersama menteri-menteri Digital ASEAN bergambar ramai semasa mesyuarat berkenaan. – Gambar oleh ASEAN Sekretariat

    Pada masa yang sama, para menteri bersetuju untuk mengukuhkan kerjasama dan hubungan negara-negara anggota ASEAN serta rakan-rakan dialog bukan saja melalui pembangunan infrastruktur tetapi juga melalui interaksi interpersonal dalam mengurangkan jurang digital, bantuan teknikal dan membangunkan kapasiti, mempercepatkan transformasi digital serta dalam sema-ngat perkongsian dengan satu identiti dan visi bersama.

    Menteri-menteri bersidang menggalakkan negara-negara anggota ASEAN untuk bekerjasama dan melaksanakannya melalui pendekatan berpaksikan rakyat, langkah-langkah dan tindakan yang digariskan dalam Pelan Induk Digi-tal ASEAN 2025, Peta Jalan Bandar Seri Begawan bagi transformasi digital serta bahagian pertama ASEAN-EU Joint Guide on Model Contractual Clauses for Data Transfer bagi membolehkan penyesuaian perubahan yang dibawa oleh pandemik COVID-19 dalam kaedah yang lebih responsif dan mampan.

    Di samping itu, para menteri bersetuju untuk memastikan bahawa transformasi digital mampan yang berpaksikan rakyat, selamat dan relevan kepada keperluan pengguna terakhir dan pelbagai pihak yang berkepentingan bertujuan untuk meningkatkan kualiti dan penggunaan penyelesaian dan perkhidmatan e-kerajaan yang boleh menghubungkan perniagaan serta menyokong inovasi bagi model perniagaan baharu yang memudahkan perdagangan merentas sempadan dan akses yang mampu dimiliki.

    Menteri-menteri bersidang juga bersetuju untuk melaksanakan program-program inovatif dan mampan menerusi perkongsian pengetahuan amalan-amalan terbaik bagi menangani keperluan untuk perkhidmatan Internet dan jalur lebar yang lebih baik khususnya di kawasan-kawasan pedalaman bagi memupuk pembangunan luar bandar.

    Mereka juga menggalakkan pelaksanaan dan pembangunan berterusan projek serta program untuk memperbaiki lagi rangka kerja pengawalseliaan dan dasar ICT yang berasaskan kepada standard antarabangsa dan amalan-amalan terbaik. Mereka akan terus membina daripada usaha-usaha terdahulu untuk memerangi jenayah siber melalui peningkatan kerjasama dan sekuriti siber, privasi data serta aktiviti-aktiviti berkaitan computer response team (CERT).

    Negara-negara anggota ASEAN juga akan meneroka program-program yang akan mengurangkan kesan negatif perubahan iklim melalui perkhidmatan dan penyelesaian digital mampan dan inovatif untuk memastikan sebuah ASEAN yang progresif bagi generasi masa hadapan.

    Menteri-menteri yang bersidang juga menyatakan akan terus bekerjasama dengan rakan-rakan dialog ASEAN, International Telecommunication Union dan lain-lain pihak yang berminat dalam melaksanakan program-program ICT dalam menyokong Pelan Induk Digital ASEAN 2025.

    Pelan induk berkenaan membimbing kerjasama digital serantau dari 2021 hingga 2025 untuk mentransformasikan ASEAN kepada sebuah blok ekonomi dan komuniti yang dihubungkan secara digital yang unggul diterajui oleh sebuah ekosistem, teknologi digital serta perkhidmatan digital transformatif dan selamat.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...