Friday, November 1, 2024
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet Muay Thai negara cemerlang di Sarawak

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Pasukan Muay Thai Brunei mencatatkan prestasi cemerlang dengan meraih dua pingat emas dan satu pingat perak dalam Kejohanan Muay Thai Piala TYT Sarawak 2024 di Kuching, baru-baru ini.

    Kejohanan tersebut menyaksikan atlet negara yang bertanding, Elbrin Heng dan Danyl Johan masing-masing menyumbang pingat emas manakala Rahmen menambah satu pingat perak, sekali gus memperkukuh prestasi Brunei di pentas antarabangsa. Pasukan Brunei dikendalikan oleh jurulatih Awang Wali Rahman, yang memainkan peranan penting dalam kejayaan kali ini.

    Kejayaan itu bukan sahaja mengha-rumkan nama Brunei di persada sukan tempatan dan antarabangsa, malah mencerminkan dedikasi tinggi yang ditunjukkan oleh para atlet dan jurulatih dalam persiapan rapi untuk kejohanan berprestij tersebut.

    Atlet Muay Thai negara yang mengambil bahagian bergambar ramai dalam kejohanan tersebut. – GAMBAR SERAHAN PASUKAN MUAY THAI BRUNEI
    GAMBAR SERAHAN PASUKAN MUAY THAI BRUNEI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda