Wednesday, February 12, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atlet skuasy negara tunjuk bakat

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Para pemain skuasy Brunei akan menyertai Kejohanan Skuasy Pesta Kaamatan 2024 yang akan berlangsung di Gelanggang Skuasy Likas, Kota Kinabalu, Sabah.

    Kejohanan yang dijadualkan untuk bermula esok itu menyaksikan beberapa orang pemain skuasy terbaik Brunei akan beraksi menentang pemain-pemain dari England, China, Indonesia dan Malaysia.

    Di antara pemain yang mewakili Brunei dalam kejohahan berkenaan ialah pemain skuasy lelaki, Lim Kok Sheng, Mohd Fauzi Zaini, Abang Huzairie, Benny Ong Boon Shien, Christensen Areck, Asmad Umar, Shawal Noralifkhan, Abang Hadi Asyarie dan Choo Cheok Wah.

    Sementara itu, pemain-pemain wanita yang akan mewakili Brunei di kejohanan berkenaan ialah Hamidah Ismail, Amalina Matshah dan Christina Ester.

    Pemain skuasy junior Brunei iaitu Zachery Prabhakaran pula akan beraksi dalam Kategori Lelaki Bawah 13 dalam kejohanan berkenaan.

    Gambar ramai pemain skuasy negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR OLEH SIM Y. H.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda