Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Atletico layak ke suku akhir Copa del Rey

    MADRID, 19 JAN – Jaringan Antoine Griezmann dan Rodrigo Riquelme pada masa tambahan membolehkan Atletico Madrid menang 4-2 ke atas saingannya, Real Madrid dan mara ke suku akhir Copa del Rey, kelmarin.

    Atletico memenangi pertarungan yang menghiburkan di stadium Metropolitano Rojiblancos, yang kedua daripada tiga perlawnanan Madrid dalam masa kurang sebulan, yang telah memberikan kekalahan kedua Los Blancos musim ini dalam semua pertandingan.

    Madrid kembali membalas jaringan gol ke atas Atletico sebanyak dua kali untuk membawa perlawanan ke masa tambahan, di mana gol sendiri oleh Jan Oblak membatalkan jaringan pembukaan Samuel Lino, dan Joselu menjaringkan gol lewat selepas Morata meletakkan tuan rumah di depan semula.

    Pada masa tambahan, Griezmann berjaya memecah kebuntuan di bahagian kanan gawang dan menjaringkan gol dengan penuh bersemangat, sementara Riquelme menjaringkan gol untuk menamatkan permainan bagi membalas dendam atas kekalahan 5-3 Atletico kepada Madrid pada separuh akhir Piala Super Sepanyol minggu lalu. – AFP

    Griezmann dan rakan sepasukan meraikan kemenangan mereka pada penghujung perlawanan bola sepak Copa del Rey (Piala Raja) Sepanyol di stadium Metropolitano di Madrid pada 18 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...