Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Atletico tandatangani Paulista dari Valencia        

    MADRID, 31 JAN – Atletico Madrid mengesahkan penandatanganan pemain pertahanan Brazil, Gabriel Paulista dari Valencia hari ini hingga akhir musim.

    Valencia berkata bek tengah berusia 33 tahun itu telah ‘mencapai perjanjian untuk menamatkan kontraknya’ dengan kelab itu.

    Paulista menyertai Valencia pada tahun 2017 dari pasukan Liga Perdana Arsenal, bermain 213 kali untuk Los Che.

    Bek tengah Atletico, Jose Gimenez mengalami kecederaan ketika menentang Valencia dalam kemenangan 2-0 pada Ahad, dan dijangka akan disisihkan selama tiga minggu.

    Dengan perlawanan utama menentang Real Madrid di La Liga dan Athletic Bilbao di Copa del Rey semakin dekat, serta kembalinya Liga Juara-Juara, Atletico bergerak dengan cepat untuk mencari pengganti.

    Pasukan Diego Simeone juga telah menandatangani pemain tengah Arthur Vermeeren dari Royal Antwerp dan penjaga gol Horatiu Moldovan dari Rapid Bucharest pada jendela musim sejuk.

    Valencia juga dipinjamkan pemain sayap berusia 21 tahun Peter Federico dari Real Madrid hari ini.- AFP

    Gambar hiasan Freepik

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...