Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Atta Halilintar hadiahkan ‘segunung’ wang tunai buat isteri

    Sebagai tanda sayang terhadap isteri tercinta, pempengaruh media sosial Atta Halilintar menghadiahkan ‘segunung’ wang tunai kepada isterinya iaitu Aurel Hermansyah.

    Atta, 29, turut mencuri perhatian apabila membentuk wang tersebut sebagai replika beberapa barang seperti beg tangan, sejambak bunga gergasi selain kek 10 tingkat, dedah mStar.

    Hadiah itu juga bersempena sambutan hari jadi Aurel yang ke-26 baru-baru ini.

    Atta memberitahu dia memberi hadiah wang tunai bagi memudahkan Aurel membeli barang yang diinginkan.

    Malah jika ada lebih, wang tersebut boleh didermakan kepada golongan memerlukan.

    “Tahun ini cuma duit saja, kalau beli barang takut ada benda lain diminta. Hadiahnya pun boleh buat sedekah juga,” katanya.

    Atta bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah wang tunai yang dihadiahkan kepada Aurel.

    Sementara itu, Atta berharap hadiah tersebut sedikit sebanyak dapat membuatkan Aurel lupa kata-kata negatif dilemparkan warganet terhadapnya. – Agensi

    Kejutan Atta buat isteri tercinta. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda