Monday, April 28, 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Aurel berjaya kurang 30kg selepas bersalin

    Penyanyi Aurel Hermansyah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 30 kilogram (kg) selepas melahirkan anak keduanya.

    Aurel berkata dia berasa dirinya kembali remaja selepas berat badannya itu kini mencecah 50 kilogram.

    “Alhamdulillah selepas lahir anak kedua saya berjaya turunkan berat sebanyak 30 kilogram itu memang bersyukur sangat.

    “Dulu saya 80 kg, sekarang sudah 50 kg,” katanya memetik laporan Detik Hot.

    Meskipun sudah mendapat berat ideal, dia bagaimanapun masih mahu mencapai berat sebanyak 47 kg.

    Pun begitu, Aurel tidak berkongsi lebih lanjut kaedah yang digunakan untuk mendapatkan berat yang ideal.

    “Saya mungkin perlu turun dua atau tiga kilogram lagi untuk dapatkan berat sebelum berkahwin,” ujarnya.

    Menurut Aurel, suaminya iaitu Atta Halilintar meminta agar dia berhenti menurunkan berat badan kerana bimbang dengan kesihatan isterinya.

    “Suami memang sudah banyak kali nasihat jangan terlalu kurus tapi biasalah perempuan pasti nak lebih kurus,” luahnya.

    Sebelum ini, penampilan Aurel yang berisi sering kali menjadi bahan ejekan netizen.

    Disebabkan kata-kata negatif itu membuatkan Aurel tekad untuk menurunkan berat badan selepas melahirkan anak keduanya.

    Untuk rekod, Aurel dan Atta, 30, berkahwin pada 2021 dan pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Ameena, 3 dan Azura yang kini berusia 1 tahun. – Agensi

    Aurel kini lebih yakin bergambar bersama suaminya, Atta. – mStar    
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda