Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Australia catat rekod cuaca paling panas

    SYDNEY, 9 FEB – Biro Meteorologi Australia (BOM) kelmarin mengeluarkan rekod rasmi iklim Australia, menunjukkan pada 2023 negara itu mengalami cuaca lebih panas daripada purata, dengan hujan yang berbeza antara utara dan selatan.

    Menurut BOM, 2023 telah menjadi tahun kelapan terpanas yang sama dalam rekod sejak pemerhatian bermula pada 1910, manakala kedua-dua purata suhu maksimum dan minimum tahunan adalah melebihi purata untuk semua negeri dan wilayah utara.

    Musim sejuk tahun lalu adalah rekod paling panas di Australia, kerana purata suhu negara mencapai 1.53 darjah Celsius melebihi purata 1961-1990.

    Purata suhu kebangsaan bagi Jun, Julai, Ogos, September, November dan Disember juga merupakan antara 10 paling panas sejak 1910. “Perubahan iklim terus mempengaruhi iklim Australia. Sejak rekod kebangsaan bermula pada 1910, iklim Australia telah menjadi panas sekitar 1.5 darjah Celsius,” kata biro cuaca itu.

    Sementara itu, hujan melebihi purata di utara Australia tetapi di bawah purata di bahagian timur, selatan, dan barat.

    Pelbagai kejadian banjir besar melanda kawasan pedalaman dan utara pada suku pertama 2023, manakala dari Ogos hingga Oktober, Australia telah mengalami tempoh tiga bulan paling kering sejak rekod hujan bermula pada 1900. – Xinhua

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...