Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Tindak balas Israel terhadap Gaza ‘melampau’ – Biden

    WASHINGTON, 9 FEB – Tindak balas tentera Israel di Semenanjung Gaza terhadap serangan pada 7 Oktober oleh Hamas adalah melampau dan harus dihentikan,” kata Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, kelmarin.

    “Seperti yang awda tahu, Saya berpendapat, bahawa tindak balas di Semenanjung Gaza adalah melampaui batas,” kata pemimpin itu kepada pemberita di Rumah Putih.

    “Ramai penduduk yang tidak bersalah berada dalam keadaan kelaparan, masalah dan kematian, dan ia harus dihentikan,” tambahnya.

    Sokongan AS terhadap perang Israel ke atas kumpulan pejuang Palestin telah mencetuskan serangan ke atas tentera AS di rantau itu, serta kritikan terhadap pentadbiran Biden di dalam dan luar negara.

    Pengeboman dan pengepungan selama berbulan-bulan telah memburukkan krisis kemanusiaan di seluruh Gaza.

    Presiden Joe Biden bercakap di Bilik Penyambut Tetamu Diplomatik Rumah Putih pada 8 Februari. – AP

    Tetapi Biden, 81, berkata dia telah mendesak untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan ke wilayah itu.

    Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi pada mulanya “tidak mahu membuka pintu untuk membenarkan bantuan kemanusiaan masuk,” kata Biden.

    “Saya bercakap dengannya, saya meyakinkan dia untuk membuka pintu. Saya bercakap dengan Bibi untuk membuka pintu di sebelah Israel,” katanya sambil merujuk kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu. “Saya telah berusaha keras untuk mendapatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.”

    Serangan pejuang Hamas yang tidak pernah berlaku sebelum ini ke atas Israel pada 7 Oktober mengakibatkan kematian kira-kira 1,160 orang, kebanyakannya orang awam, menurut pengiraan AFP berdasarkan angka rasmi Israel.

    Israel berikrar untuk menghapuskan pejuang Hamas dan melancarkan serangan udara dan serangan darat yang telah membunuh kira-kira 27,840 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, menurut kementerian kesihatan Gaza. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...