SYDNEY, 4 OGOS – Australia hari ini berkata ia akan menggugurkan kes terhadap China di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), selepas Beijing menarik balik tarif yang tinggi ke atas eksport barli negara itu.
“Kami mengalu-alukan keputusan ini, yang membuka jalan kepada pengeksport barli kami untuk memasuki semula pasaran China memberi manfaat kepada pengeluar Australia dan pengguna China,” kata Menteri Luar Penny Wong dalam satu kenyataan.
China mengenakan tarif ke atas eksport utama Australia seperti barli, daging lembu dan wain pada 2020, megendurkan ekonominya pada kemuncak pertikaian sengit dengan bekas kerajaan konservatif Australia.
Australia bertindak balas dengan melancarkan kes dengan WTO, yang dihentikan sementara awal tahun ini apabila menteri perdagangan negara itu meningkatkan rundingan. Canberra kini menggesa Beijing untuk menghapuskan halangan perdagangan yang menyekat eksport wain Australia, yang menjadi subjek aduan WTO yang berasingan. – AFP