Monday, March 17, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia, New Zealand buka sebahagian sempadan

    CANBERRA, AUSTRALIA, 2 OKT – Australia dan New Zealand hari ini mengumumkan pembukaan sebahagian sempadan mereka kepada perjalanan di antara negara jiran.

    Penumpang boleh terbang ke bandar Australia Sydney dan Darwin tanpa dikuarantin mulai 16 Oktober jika mereka telah menghabiskan sekurang-kurangnya dua minggu di kawasan New Zealand yang tidak dianggap pusat penularan COVID-19, kata Menteri Pengangkutan Michael McCormack.

    Namun New Zealand akan terus mendesak pelancong dari Australia supaya menjalani kuarantin hotel selama dua minggu selepas tiba.

    “Kami mahu membuka Australia kepada dunia,” kata McCormack. “Ia adalah langkah pertama.”

    Kedua-dua negara yang dipisahkan oleh Laut Tasman berkata kepulangan perjalanan antarabangsa akan bermula dengan Gelembung Trans-Tasman.

    Pihak berkuasa Australia telah memutuskan bahawa New Zealand tidak menimbulkan risiko tinggi penularan COVID-19 ke Australia, kata McCormack.

    Namun pelawat yang telah mengunjungi ‘pusat penularan’ New Zealand – ditakrifkan sebagai rantau yang telah melaporkan tiga jangkitan baharu sehari dalam masa tiga hari – akan dikecualikan daripada kuarantin.

    Ibu negeri Australia Selatan Adelaide kemungkinan besar akan menjadi bandar seterusnya yang membenarkan perjalanan bebas kuarantin dari New Zealand, menurut McCormack.

    Bila New Zealand akan membenarkan perjalanan bebas kuarantin dari Australia merupakan satu soalan untuk Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, kata beliau.

    Negeri dan wilayah Australia telah menyekat pergerakan di sempadan mereka untuk mengurangkan penularan pandemik, terutamanya dari negeri Victoria yang telah menyumbang kepada 802 daripada 888 kematian koronavirus negara. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda