Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Australia peruntuk $4.8 bilion untuk Olimpik 2032

    BRISBANE, AUSTRALIA, 17 FEB – Australia hari ini berkata ia akan membelanjakan AS$4.8 bilion untuk temasya Sukan Olimpik Brisbane 2032, termasuk arena baharu 17,000 tempat duduk dan rombakan stadium Gabba.

    Ibu kota Queensland telah dipilih untuk menjadi tuan rumah Sukan Olimpik musim panas 2032 dan Paralimpik dua tahun lalu, mengembalikan temasya itu ke Australia buat kali ketiga selepas Melbourne 1956 dan kemudian Sydney 2000.

    Kerajaan negeri Queensland akan menyumbangkan AUS$2.7 bilion untuk membangunkan semula Gabba, memperluaskan tempat duduknya sebanyak 8,000 kepada 50,000.

    Selain itu, pusat bandar Brisbane akan mendapat stadium tertutup baharu AUS$2.5 bilion dengan 17,000 tempat duduk, yang dibayar oleh kerajaan persekutuan. Ia akan termasuk kolam renang yang boleh dialih keluar selepas sukan untuk mewujudkan tempat acara langsung.

    Satu lagi pembiayaan negeri dan persekutuan sebanyak AUS$1.87 bilion akan digunakan untuk 16 tempat baharu atau dinaik taraf.

    “Adalah jelas bahawa kami perlu meningkatkan dan melakukan bahagian kami, bukan sahaja untuk mencipta sukan terbaik tetapi juga untuk meninggalkan legasi yang berkekalan untuk Queensland dan untuk semua mereka yang melawat negeri yang hebat ini,” kata Perdana Menteri, Anthony Albanese pada sebuah persidangan.

    Pemimpin Australia itu berkata akan ada ‘pencapaian penting’ lain menjelang 2032.

    “Ini akan membuat perbezaan yang besar kepada ekonomi kita, kepada gaya hidup kita, kepada bagaimana Australia dilihat di mata dunia.” – AFP

    Anthony Albanese (kiri) dan Annastacia Palaszczuk melihat imej tapak Olimpik yang dirancang di Brisbane. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...