Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Australia: Pesawat terhempas berlanggar di udara

    SYDNEY, 19 NOV – Dua pesawat yang pernah digunakan tentera berlanggar di udara semasa latihan penerbangan hari ini di Semenanjung Mornington di tenggara Australia, menyebabkan satu daripada pesawat itu terjunam ke laut, lapor Xinhua memetik media tempatan.

    Pesawat itu terhempas di laut di Port Phillip kira-kira 12 kilometer (km) dari pantai Mount Martha manakala satu lagi pesawat selamat mendarat di Essendon.

    Nahas itu berlaku pada 1:45 tengah hari waktu tempatan, lapor The Herald Sun.

    Misi mencari dan menyelamat masih dijalankan di perairan di Mount Martha yang terletak kira-kira 50km tenggara Melbourne.

    Pihak berkuasa maritim Australia (AMSA) mengesahkan setiap pesawat ringan Viper S-211 Marchetti itu dinaiki dua orang. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...