Saturday, March 15, 2025
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Australia tidak dapat pastikan bila harga tenaga turun

    CANBERRA, 30 OKT – Bendahari Australia hari ini berkata dia tidak dapat memberitahu dengan pasti bila harga tenaga akan mula turun.

    Dengan kerajaan berdepan tekanan untuk menawarkan bantuan kos sara hidup, Jim Chalmers berkata dia ‘tidak meletakkan sebarang tarikh’ bila Australia menjangkakan harga tenaga akan memuncak tetapi ia akan mula ‘menurun dari semasa ke semasa’.

    Menurut unjuran termasuk belanjawan persekutuan, yang diserahkan oleh Chalmers pada malam Selasa, harga elektrik dijangka akan meningkat 56 peratus dalam tempoh 18 bulan akan datang dan harga minyak melonjak 44 peratus dalam tempoh yang sama. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda