Thursday, February 27, 2025
30.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    AVATR 11 serba canggih dan mewah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Kereta pintar SUV mewah era baharu, AVATR 11 telah dilancarkan oleh Maju Motors Sdn Bhd untuk pasaran Brunei pada majlis yang berlangsung di Bilik Pameran AVATR di The Mall, pagi tadi.

    Majlis pelancaran telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan Maju Motors, Chan Key Hong dan disaksikan oleh Pengarah Eksekutif Maju Motors, Stanley Lim.

    Pelancaran rasmi AVATR 11 menandakan satu era baharu dalam kenderaan elektrik (EV) mewah di pasaran Brunei dan menandakan langkah pertama jenama di rantau ini dengan tawaran yang penuh inovasi.

    Dalam ucapan, Chan Key Hong berkata, “Kami sangat teruja untuk memperkenalkan AVATR 11 yang serba baharu ke Brunei. Kereta ini melambangkan kemewahan, teknologi dan kemapanan. Dengan ciri-ciri seperti pintu automatik dengan penutupan senyap, serta kuasa yang mengagumkan, keupayaan jarak jauh dan ciri-ciri keselesaan yang tiada tandingannya seperti kerusi urut dan kerusi penyaman udara, kenderaan ini tidak hanya menawarkan prestasi yang luar biasa tetapi juga menyediakan pengalaman pemanduan mewah yang tiada tandingan.

    “Maju Motors amat berbangga dapat memimpin perubahan dalam mobiliti mampan di Brunei. AVATR 11 bukan hanya mentakrifkan semula pemanduan mewah, tetapi juga menunjukkan komitmen kami untuk menyediakan penyelesaian inovatif dan mesra alam.

    Chan Key Hong bergambar ramai semasa majlis pelancaran AVATR 11 yang diadakan Bilik Pameran AVATR, kelmarin. – GAMBAR OLEH YUSRIN JUNAIDI

    Pengenalan teknologi yang luar biasa ini, digabungkan dengan prestasi, keselesaan dan estetika AVATR 11, akan menetapkan piawaian baharu bagi apa yang boleh dicapai oleh kenderaan elektrik premium,” tambah beliau.

    Menyentuh mengenai prestasi hebat AVATR 11, kereta ini menawarkan kuasa sebanyak 313 kuasa kuda dan 370 Nm tork, memastikan prestasi pemanduan yang dinamik dan bertenaga.

    Dengan jarak sejauh 680 kilometer dengan satu cas penuh, ia menawarkan salah satu jarak pemanduan paling jauh dalam kelasnya dan di Brunei, memberikan kebebasan kepada pemandu untuk melakukan perjalanan jarak jauh tanpa perlu sering mengecas semula.

    Selain itu, AVATR 11 juga model pertama di Brunei yang mempunyai pintu automatik pintar, dilengkapi dengan pembesar suara terbanyak dalam industri automotif, iaitu 25 pembesar suara Meridian, ciri yang meningkatkan lagi daya tarikan kenderaan tersebut.

    Semasa acara pelancaran, media dan tetamu dapat menyaksikan pelancaran langsung AVATR 11, merasai sendiri teknologi yang mengagumkan, dinamik pemanduan yang lancar dan ciri-ciri inovatif kenderaan itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda