Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Ayam Goreng Korea cukup tiga rasa

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Apabila disebut sahaja tentang ayam goreng, boleh dikatakan semua orang meminatinya. Akan tetapi terdapat pelbagai cara masakan selain menggoreng ayam dengan kunyit.

    Salah satu resipi ayam goreng yang menjadi kegemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa adalah Ayam Goreng Korea. Bahan utama paling penting adalah resipi sos Korea yang disalut ke dalam ayam goreng tersebut.

    Disebabkan rasa sos yang enak itulah yang membuatkan penggemarnya makan sehingga menjilat jari.

    Apa yang unik tentang Ayam Goreng Korea ini terletak kepada sosnya yang terasa sedikit manis, masam dan pedas. Terdapat tiga langkah penting untuk menyediakan hidangan ini iaitu dengan perapan ayam, menggoreng dan memasak sosnya. Walaupun terdapat beberapa langkah namun ia merupakan hidangan yang mudah disediakan.

    Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Ayam Goreng Korea adalah seperti ayam, bawang putih, halia, telur, serbuk lada hitam, garam, tepung gandum, tepung jagung, sos tiram dan sedikit air. Manakala bahan-bahan yang digunakan untuk membuat sos adalah seperti, minyak masak, bawang putih, pes Gochujang, kicap manis, madu, gula perang, air dan bijan.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Cara penyediaannya, mula-mula perapkan ayam, hindari menggunakan ayam yang terlalu besar kerana bahagian isi dagingnya akan menjadi serat dan kurang lembut. Sebaiknya gunakan bahagian sayap ayam yang dipotong menjadi dua iaitu bahagian sayap dan paha, kemudian pecahkan telur dan ambil telur putih. Selepas itu parut halus bawang putih dan halia dan masukkan dalam ayam. Masuk serbuk lada hitam, garam dan telur putih kemudian gaul sebati bahan tadi, masukkan tepung gandum, tepung jagung air dan sos tiram dan kacau.

    Manakala cara untuk membuat tepung salutannya pula, dalam mangkuk yang besar, masukkan tepung jagung, tepung gandum, tepung beras, serbuk perasa Sedap, serbuk penaik dan garam lalu kacau hingga sekata. Selepas itu salut sebati ayam, panaskan minyak dan goreng ayam hingga nampak keperangan, kemudian angkat ayam tersebut dan ketepikan. Selepas itu goreng semula ayam sampai nampak perang keemasan.

    Untuk membuat sos salutannya pula, mula-mula sangai bijan dalam 3-4 minit atau hingga naik bau bijan, kemudian angkat dan ketepikan. Selepas itu panaskan minyak dan tumis bawang putih yang dicincang. Masukkan pes Gochujang, kicap manis, sedikit air, madu dan gula perang, kacau hingga masak. Kemudian masukkan ayam goreng ke dalam sos salutan dan gaul sekata ayam goreng itu dan tabur dengan bijan sangai untuk hiasan, selepas itu angkat dan letakkan di atas pinggan dan ia pun sedia untuk dihidangkan. Hidangan ini akan menjadi lebih istimewa apabila dimakan bersama keluarga atau rakan-rakan. Selamat mencuba.

    • Bahan-bahan untuk perapan ayam:

    o kepak ayam
    o bawang putih
    o halia
    o telur
    o serbuk lada hitam
    o garam
    o tepung gandum
    o sos tiram
    o sedikit air

    • Bahan-bahan untuk tepung :

    o tepung gandum
    o tepung beras
    o serbuk perasa Sedap
    o serbuk penaik
    o garam

    • Bahan-bahan untuk sos :

    o minyak masak
    o bawang putih
    o pes Gochujang
    o kicap manis
    o madu
    o gula perang
    o air
    o Dua sudu besar bijan

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...