Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Wai Ching pertahan juara Scale the Strat buat kali ketiga

    KUALA LUMPUR, 26 FEB – Pelari menara nombor satu Malaysia, Soh Wai Ching, berjaya mempertahankan kejuaraan tiga tahun berturut-turut, pada perlumbaan menaiki anak tangga bangunan menara Scale the Strat di Las Vegas, Nevada, Amerika Syarikat kelmarin.

    Lebih manis, Wai Ching turut memperbaharui rekod yang dicatatnya pada tahun lepas dengan melakukan larian 108 tingkat, melibatkan 1,455 anak tangga (ketinggian 260 meter) dalam masa enam minit 43 saat (s), tiga saat lebih pantas berbanding tahun lalu.

    Tempat kedua diraih atlet Jepun, Ryoji Watanabe yang turut mencatat masa sama dengan Wai Ching, manakala tempat ketiga menjadi milik atlet tuan rumah, Jason Larson yang menamatkan larian dengan 8:28s. 

    “Saya gembira untuk ulangi kemenangan buat kali ketiga!” kata Wai Ching menerusi hantaran di laman rasmi Facebooknya.

    Pada 2022 dan 2023, Wai Ching mengungguli kejohanan berkenaan dengan catatan masing-masing 6:46s. – Bernama

    Gambar Web Envato
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...