Oleh Afiq Zainuddin –
Ayam goreng merupakan salah satu hidangan mudah, ringkas dan juga popular serta banyak restoran segera yang tumbuh bak cendawan menyajikan pelbagai versi ayam goreng terbaik demi memikat pembelinya.
Namun awda boleh menghasilkan menu ayam goreng homemade. Untuk menghasilkannya, ayam biasanya diperap dengan campuran rempah rahsia, kemudian disalut dengan tepung sebelum digoreng dalam minyak panas sehingga bahagian luarnya menjadi garing dan rangup, sementara isi dalamnya kekal lembut.
Teknik menggoreng ini menghasilkan ayam yang mempunyai lapisan luar yang garing dan berperisa serta menjadi kegemaran ramai kerana rasa dan teksturnya.
BAHAN-BAHAN
Bercerita secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat ayam goreng terbahagi kepada beberapa bahagian, yang pertama bahan-bahan untuk ayam perap adalah seperti, ayam, bawang putih, halia, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kari, serbuk paprika, serbuk perasa, garam, serbuk lada putih dan air.
Manakala bahan-bahan untuk tepung goreng pula adalah seperti tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk cili, garam, serbuk perasa, lada hitam, lada putih, ketumbar dan serbuk soda bekarbonat.
Bahan-bahan untuk coleslaw pula adalah seperti kubis, lobak merah, mayones, jus lemon, garam, gula dan susu krim penuh. Manakala bahan-bahan yang diperlukan untuk kentang putar adalah seperti kentang, air untuk rebusan, garam, mentega dan sedikit susu krim penuh.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk sos perang adalah seperti mentega, tepung gandum, kiub pati lembu atau ayam, air, sedikit kicap dan serbuk lada hitam.
CARA PENYEDIAAN
Cara untuk menyediakan perap ayam, mula-mula dalam mangkuk yang besar masukkan ayam, parutan bawang putih namun boleh diganti menggunakan serbuk bawang putih dua sudu kecil, halia, serbuk ketumbar, serbuk lada hitam, serbuk kari daging, serbuk paprika, gula, serbuk perasa, garam dan serbuk lada sulah. Setelah itu tuangkan air dan gaul sekata dalam 1-2 minit kemudian perap dalam peti ais.
Manakala cara untuk menyediakan coleslaw pula, potong lemon, hiris sederhana nipis kubis dan parut kasar lobak merah, campur lobak merah dan kubis masukkan mayones, jus lemon, garam dan gula. Kemudian gaul sebati. Selepas itu masukkan susu krim penuh, gaul dan simpan dalam peti sejuk.
Untuk membuat kentang leceknya pula, potong kentang kepada dua bahagian kemudian rebus dalam air dan sedikit garam, selepas itu tapis air dan kupas kulit kentang.
Tekan kentang sampai halus, masukkan mentega, garam dan sambung gaul. Apabila kentang dah halus masukkan susu krim penuh dan gaul sebati kemudian ketepikan.
Manakala cara-cara untuk membuat sos perang pula, mula-mula cairkan mentega kemudian masukkan tepung gandum dan kacau perlahan sehingga keperangan.
Masukkan kiub ayam dan tambah air kemudian sambung masak hingga pekat. Masukkan serbuk lada hitam, kicap dan masak sehingga kuah mendidih.
Akhir sekali cara untuk menyediakan tepung salutan pula, dalam mangkuk yang besar masukkan tepung gandum, tepung jagung, serbuk kari, serbuk cili, garam, serbuk perasa, serbuk lada hitam, serbuk lada putih, serbuk ketumbar dan baking soda lalu gaul sebati.
Selepas itu masukkan ayam perap dalam tepung dan gaul sekata. Kemudian celup dalam air dan masukkan balik dalam tepung dan gaul sekali lagi. Setelah itu panaskan minyak dan goreng ayam sampai keperangan, minyak perlu dalam sepenuhnya untuk mengoreng kemudian angkat ayam dan hidangkan bersama coleslaw, kentang dan sos perang. Selamat mencuba.
BAHAN-BAHAN:
• Bahan-bahan untuk ayam perap:
o ayam
o bawang putih
o halia
o serbuk ketumbar
o serbuk lada hitam
o serbuk kari
o serbuk paprika
o serbuk perasa
o garam
o serbuk lada putih
o air
• Bahan-bahan untuk tepung goreng:
o tepung gandum
o tepung jagung
o serbuk kari
o serbuk cili
o garam halus
o serbuk perasa
o serbuk lada hitam
o serbuk lada putih
o serbuk ketumbar
o serbuk soda bikarbonat
• Bahan-bahan untuk coleslaw:
o 1 mangkuk besar hirisan kubis
o ½-1 batang lobak merah
o 3-4 sudu besar mayones
o Sedikit jus lemon
o Secubit garam
o Sedikit gula
o 1-2 sudu besar susu krim penuh
• Bahan-bahan untuk kentang putar:
o 4 ketul /600g kentang
o Air untuk rebusan
o garam
o mentega
o Secubit garam
o Sedikit susu krim penuh
• Bahan-bahan untuk sos perang:
o 2 sudu besar mentega
o 1 sudu besar tepung gandum
o 1 kiub pati lembu atau ayam
o air
o Sedikit kicap (untuk warna)
o serbuk lada hitam