Pelakon dan penyanyi Malaysia, Ayda Jebat terpaksa ditahan di sebuah pusat perubatan selepas disahkan mengalami mild slipped disc.
Menurut Ayda, 33, dia sebelum ini mengalami kesakitan di bahagian belakang badan sebelum menjalani pemeriksaan dan disahkan mengalami masalah pada tulang belakang.
“Baru tahu ada mild slipped disc. Saya perlu berehat sekejap daripada melakukan aktiviti lasak buat masa ini,” katanya dalam satu hantaran terbaharu di Instagram.
Menurut Harian Metro, Ayda berkata, dia terharu atas doa dan ucapan semua pihak yang mengambil berat mengenai keadaannya.
“Terima kasih semua yang mendoakan melalui mesej peribadi mahu pun di WhatsApp. Tak sangka ramai sayang. Saya akan ingat sampai bila-bila. Sayang korang. Teruskan doa biar cepat sihat,” tulisnya.
Dalam masa sama, Ayda juga meminta mereka yang pernah mengalami masalah posterior disc untuk berkongsi tip bagi mempercepatkan proses pemulihan. – Agensi
