Tuesday, April 22, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ayu Ting Ting rupanya pemalu dan introvert

    Penyanyi Indonesia, Ayu Ting Ting mengakui dia memiliki personaliti berbeza apabila tidak berada di hadapan kamera.

    Kata Ayu, 33, dia seorang yang pemalu dan sikap itu membuatkan dirinya tidak mempunyai ramai rakan dalam kalangan selebriti.

    Namun ketika bertemu peminat, penyanyi berkenaan berusaha untuk mempamerkan sikap lebih terbuka dan ceria.

    “Sebenarnya saya ini pemalu, mesti ramai yang tidak percaya tapi apabila bertemu peminat rasanya sedikit berbeza kerana saya perlu menghiburkan agar tidak mengecewakan mereka,” katanya menerusi podcast Tuah Kreasi di saluran YouTube.

    Dalam pada itu, Ayu memberitahu dia banyak menghabiskan masa di rumah berbanding keluar bersama rakan-rakan.

    Kata Ayu, dia lebih selesa bergaul dengan orang tersayang untuk menikmati kualiti masa bersama.

    Ditanya mengenai sikap keperibadiannya di sebalik kehidupan selebriti, Ayu mengakui dirinya mempunyai kecenderungan sebagai introvert.

    Luah Ayu, dia berasa tidak selesa sekiranya harus berada terlalu lama di luar rumah atau ketika berkumpul dengan rakan artis.

    “Saya kalau datang ke acara hiburan, saya tidak pernah duduk terlalu lama. Rasa tak selesa sangat.

    “Tak tahulah mungkin saya boleh digelar sebagai introvert agaknya,” katanya memetik laporan mStar. – Agensi

    Ayu mengakui dirinya seorang introvert. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda