Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Sebulan kenal terus tunang

    Penyanyi Ayu Ting Ting mengakui sudah dilamar oleh seorang anggota tentera Indonesia berpangkat Kolonel bernama Muhammad Fardhana atau lebih mesra disapa Dhana.

    Menurut mStar yang memetik laporan Kompas, Ayu atau nama sebenarnya Ayu Rosmalina, 32, sudah berkenalan dengan Dhana bermula pada Januari lalu melalui kedua-dua ibu bapa mereka.

    “Kenal pada awal Januari, kami sama-sama sepakat untuk serius dan lamaran dibuat rasanya belum sampai sebulan lagi.

    “Mungkin memang sudah tertulis jodoh kami. Niat kami pun baik, Alhamdulillah semuanya dipermudahkan,” katanya.

    Dalam pada itu, Ayu memberitahu meskipun baharu sahaja berkenalan, dia sudah selesa dengan Dhana sehingga membuatkan dirinya yakin untuk menerima lamaran lelaki itu.

    Kata Ayu, sikap Dhana yang menerima dia dan keluarga seadanya membuatkan dirinya terbuka hati untuk membawa hubungan mereka lebih serius.

    “Saya tidak tahulah baru beberapa kali kami bertemu rasanya sudah serasi bersama. Dia seorang yang baik, hormat saya dan sayang anak saya.

    “Malah dia juga boleh menerima saya dan keluarga seadanya, itu yang membuatkan saya yakin,” ujarnya. – Agensi

    Ayu bakal bernikah dengan anggota tentera Indonesia. – Detikcom
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...