Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azan dan iqamah bagi munfarid

    (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Mendirikan azan apabila masuk waktu sembahyang fardhu lima waktu serta mendirikan iqamah ketika hendak menunaikannya hukumnya sunat. Ada pula sebahagian ulama yang mengatakan hukumnya fardhu kifayah kerana ia salah satu perkara yang menzahirkan syi‘ar Islam dan mengabaikan keduanya bererti meremehkan ugama.

    Azan dan iqamah hanya didirikan untuk sembahyang fardhu lima waktu sahaja termasuk sembahyang fardhu Jumaat. Adapun sembahyang-sembahyang sunat, sembahyang jenazah, sembahyang yang dinazarkan serta lainnya tidak disyariatkan azan dan iqamah, bahkan makruh hukumnya.

    Bagi mereka yang sembahyang secara berjemaah, azan dan iqamah merupakan satu tuntutan sunat kifayah. Ini satu perkara yang jelas dan diketahui umum. Apa yang menjadi persoalan di sini ialah bagaimana pula kedudukan azan dan iqamah bagi munfarid iaitu orang yang bersembahyang sendirian? Adakah munfarid juga dituntut untuk mendirikan azan dan iqamah sepertimana halnya ia dituntut dalam sembahyang jemaah?

    Foto Canva
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda