Thursday, October 17, 2024
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azeem pilih Universiti Auburn

    KUALA LUMPUR, 18 NOV – Pelari pecut sensasi Malaysia, Muhammad Azeem
    Mohd Fahmi akhirnya membuat keputusan terhadap laluannya dalam mencapai cita-cita untuk menjadi individu yang berjaya baik di dalam mahupun di luar trek.

    Setelah berbulan-bulan spekulasi mengenai masa depan atlet berusia 18 tahun itu, Muhammad Azeem memilih Universiti Auburn, Alabama di Amerika Syarikat.

    “Malaysia to Auburn. Welcome home, Azeem Fahmi (Malaysia ke Auburn. Selamat datang, Azeem Fahmi),” umum Auburn Track and Field dalam platform media sosialnya, kelmarin.

    Muhammad Azeem dilaporkan menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di universiti luar negara, terutama selepas pencapaiannya menduduki tempat kelima dalam acara 100 meter (m) semasa Kejohanan Olahraga Dunia Bawah 20 Tahun di Cali, Colombia pada Ogos lepas.

    Pelari kelahiran Perak itu sebelum ini memecahkan rekod kebangsaan 100m dengan catatan 10.09 saat (s) (dalam saringan) di Cali, memadam rekod lama 10.18 s yang dilakar bekas jaguh pecut Asia Tenggara, Khairul Hafiz Jantan.

    Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Gunung Rapat di Ipoh itu, meraih keputusan 6A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). – Bernama

    Muhammad Azeem dilaporkan menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajarannya di universiti luar negara. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda