Thursday, October 17, 2024
22.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Azlan Komeng tunai janji sebagai suami

    Hati isteri pelakon Azlan Komeng iaitu Nur Nilam Ortiz tersentuh apabila mengenangkan pengorbanan suaminya yang sanggup menggadai nyawa menyelamatkannya ketika mereka terlibat dalam kemalangan ngeri baru-baru ini.

    Nilam, 46, berkata, sebagai isteri dia berterima kasih kepada Azlan kerana berpegang teguh dalam ikatan perkahwinan mereka.

    Insiden itu juga kata Nilam adalah jawapan daripada Allah SWT kepada setiap soalan yang terbuku dihatinya selama ini.

    “Terima kasih suamiku, kau memegang akad kita dengan erat. Berjanji mendahului aku dalam apa jua waktu.

    “Allah memberikan jawapan kepada setiap soalan yang aku tanyakan. Dulu, kini dan selamanya akad ini aku akan genggam hingga ajal memisahkan,” katanya.

    Pada Nilam, hanya ajal yang boleh memisahkan dia dan Azlan. – The Vokal

    Menurut mStar, Nilam berkongsi luahan hatinya itu menerusi hantaran di TikTok miliknya.

    Menerusi perkongsian itu memperlihatkan Nilam sedang mengelap wajah Azlan yang terlantar di katil wad hospital selepas menjalani pembedahan pada bahagian tangan dan pinggulnya yang patah.

    Pada Jumaat lalu, Azlan dan Nilam terlibat dalam kemalangan ngeri di Kuala Lipis, Pahang.

    Kenderaan jenis Perodua Kancil dipandu pasangan itu bertembung dengan sebuah trak polis sewaktu dalam perjalanan ke tapak perniagaan.

    Susulan itu, Azlan menjalani pembedahan pada tangan kanan dan mengalami kecederaan lain seperti patah pada bahagian kedua-dua belah kaki serta pinggul manakala Nilam mengalami cedera ringan. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda